viviti
SunScoot Clan








www.sunscoot.bravehost.com
COOL


Selamat Datang Ke
Website SunScoot



Tunggu!!!!
kemunculan Aktivit
Anjuran SunScoot



[ Yahoo! ] options

Laman web SunScoot telah dibuka secara rasmi pada 04.02.2006. Dengan itu pihak kami meminta agar anda dapat memberi cadangan, idea mahu pun pandangan yang bernas. pihak kami juga mengalu-alukan sokongan dari anda bagi menjayakan laman wab nie.

Daftar Keahlian Secara Online

Kami pihak pengurusan sunscoot telah bersedia untuk menerima ahli-ahli dari seluruh semenanjung Malaysia. kepada yang berminat anda boleh mendaftar secara online dan menempah barangan kelab. Yuran pendaftaran sebanyak RM 20 akan dikenakan bagi setiap pendaftaran. sebarang pertanyaan anda boleh terus menghubungi Ami ( 012-3211430 ) atau Bad ( 016-6543774 )

Group SunScoot telah pun berdaftar dibawah pertubuhan Kelab Skuter MAYC Malaysia. Oleh itu pihak kami ingin mengingatkan kepada semua ahli SunScoot yang belum berdaftar dan belum membuat bayaran pendaftaran. untuk mendaftar dan membayar yuran pendaftaran tersebut, bagi memudahkan pihak atasan merancang segala aktiviti dimasa akan datang.

Kuantan Scooter Competition
SunScoot akan menyertai scoot comp di kuantan pada 18-19 Mac 2006. Perjalanan dijangka bermula pada hari jumaat bersamaan dengan 17 Mac 2006 jam 8 mlm. Semua ahli diharap dapat menyertai aktiviti bertanding sambil bercuti dikuantan. Semua Scooter diharap dalam keadaan baik dan sekira ade mana scooter yang mempunyai masalah bolehlah berjumpa dengan Ami Ezrul atau mana rakan-rakan yang dapat membantu. Ami mengalu-alukan penyertaan semua ahli untuk aktiviti kali ini.
Selain itu pihak Sunscoot menjempun clan-clan scooter yang berada diserata Selangor dan Kuala Lumpur untuk menyertai scoot comp dikuantan. sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi saya atau pun Ami Ezrul selaku ketua ( 017-3211430 ) semua aktiviti akan kami catat didalam kelendar sunscoot.

Juara kategori airbrush (scoot comp dataran merdeka)
Untuk pegetahuan semua ahli sunscoot. dua scooter sunscoot yang dihantar bertanding pada 12 mac lepas, telah menjadi juara kategori airbrush dan naib juara kategori stiker. Kami ucapkan tahniah kepada Amy dan Lan atas kemenangan tersebut. kemenangan nie akan menjadi titik permulaan kepada sunscoot untuk menggegarkan dunia permotoran. Ribuan terima kasih yang tidak terhinga juga diucapkan kepada SMALL SCOOT kerana sudi memberi sokongan kepada ahli sunscoot yang bertanding. Sekarang Kuantan menjadi sasaran seterusnya, bersiap!!! untuk kite gegarkan kuantan.

Ulang Tahun BKZ ke-43
Pada 25.03.2006 The Bikerz telah menyambut ulang tahun ke 43. Semperna ulang tahun tersebut pihak BKZ telah menjemput Semua pengguna motosikal untuk ke HQ BKZ di Puchong untuk bersama-sama menyambut ulang tahun ke-43 BKZ. Semperna ulang tahun tersebut juga pihak BKZ telah mengadakan pelbagai aktiviti yang cukup meriah. kami di SunScoot mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BKZ kerana telah menjemput kami. klik sini untuk ke laman foto gallery Comp BKZ

Scoot Comp Putra Umno
Pada 30.04.2006 yang lepas club skuter aedes telah menganjurkan scoot comp dengan kerja sama Naza Bike dan Putra Umno bertempat di dataran shah alam. Pihak sunscoot telah menghantar 9 penyertaan dan 4 dari padanya telah menang The True Fire = Pertama categori airbrush The Pinky = kedua categori spray can Purple Thai spec = ketiga categori spray can Alpinestars silver = ketiga categori stiker Taniah kepada yang menang. kepada yang kurang bernasib baik tu. jangan mengalah, menang kalah tu adat bertanding.

Scoot of The Month
Dengan ini pihak Sunscoot telah memilih dan memutuskan skuter pertama yang dipilih sebagai SCOOT OF THE MONTH. Anugerah SCOOT OF THE MONTH ini telah dicadangkan lebih 4 bulan yang lepas. Tetapi disebabkan belum ade skuter yang betul-betul memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki, pihak Sunscoot terpaksa menyimpan hasrat tersebut, sehinggalah pihak Sunscoot menjumpai calon yang betul-betul sesuai. Anugerah ini diadakan bagi membakar lagi semangat crew-crew Sunscoot untuk bersaing dengan cara yang sihat. Calon-calon yang dipilih akan dinilai dari semangat, keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru dalam dunia permotoran skuter, pergaulan sesama crew, kekerapan menyertai aktiviti club dan pengorbanan yang dilakukan bagi memegahkan lagi nama club. Oleh itu dengan rasminya, IZHAM atau lebih dikenali sebagai AM adalah pembuka Anugerah ini. "IZHAM SCOOT OF THE MONTH" diharap beliau dapat meneruskan perjuangan bersama Sunscoot sampai bila-bila klik sini untuk ke laman SCOOT OF THE MONTH
















Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com